Tuesday, August 27, 2013

CINTA PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM



Semuanya halal ketika bercinta. Tanpa segan silu mereka berkata, kenapa ? salah ker… kami bercinta?? Bukan kah cinta itu kurniaan Tuhan, jiwa kita ni kan memerlukan cinta seperti mana jasad kita yang zahir ini memerlukan makanan. Bukan main lagi kalau berhujah mengenai cinta...betul agama tidak melarang kita bercinta, tetapi ingat cinta yang disemai sekarang adalah cinta terlarang. AhHHHhh.. Jangan dihalang, sedangkan lautan api sanggup ku rentasi, kalau saudari tak percaya ambilah kapak belahlah dada, pasti dihati saya tertera nama saudari, Insan paling dicintai....
            Inilah kata-kata membunuh yang sanggup dilafazkan walhal ia amat mustahil dilaksanakan. Yang menjadi persoalan mengapalah mereka yang mabuk bercinta dengan mudah mempercayai dan menerima kata-kata yang dilafazkan sedemikian? Bukankah cinta itu satu fitrah, jadi tidak salahnya jika kita mencubainya. Fitrah diiringi dengan keinginan, keinginan pula harus dituntun dengan syariat. Keinginan tanpa sempadan adalah firasat yang berlandaskan nafsu dan syaitan.
            Manusia hari ini terlalu taksub dengan cintanya, sebagaimana Laila Majnun, Shah Jehan dan Taj Mahalnya yang amat mahalnya. Namun pasti manusia sering terlupa kepada yang memiliki cinta. Cinta berasal dari kasih dan sayang, yang mana ia terletak dibawah taklukkan ar-Rahman dan ar-Rahim. Sepertimana kita terlalu asyik dengan hadiah yang kita terima sehingga terlupa bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada yang memberi hadiah kepada kita. .
            Cinta terlarang ibarat racun rumpai yang berbisa disemburkan kepada tanaman. Yang pasti bukan sahaja pokok parasit dan lalang musnah, tanaman yang ditanam tidak terkecuali terkena serpihan rumpai yang disebarkan. Akhirnya akan terhasilah buah yang pahit, masam, memabukkan dengan pelbagai nama, perkara aneh dan menjijikkan.

            Apa yang tertera ini bukanlanya cinta.....semuanya nafsu. Selagi belum ada ikatan yang sah, peliharalah dirimu, jangan dibiarkaan insan-insan durjana mengambil kesempatan dalam ruang kesempitan. Bila sekujur tubuh telah mengalah, adakah kamu pasti dia akan bertanggungjawab?? Sekarang bila kita tanya mungkin ia berkata ‘awaklah buah ati abang’. Tapi adakah kita pasti ayat ini akan berkekalan...ingat lidah manusia tidak bertulang. Teringat kata-kata orang kampung dulu..CINTAKU DITOLAK, DUKUN BERTINDAK...jangan sampai dukun bertindak maka jadilah seperi cinta Mariam,  bukan cinta tapi dendam........seorang pontianak harum sundal malam. Pulangkan...tapi tak boleh pulangkan dah....

Moral: Jagalah mahkota yang tidak ternilai itu.






No comments:

Post a Comment