Ketokohan ilmuan islam Al-Razi atau nama
sebenarnya Muhammad Bin Zakaria dalam dunia perubatan tiada bandingannya dalam
dunia perubatan. Al-Razi adalah orang pertama membuat jahitan pada perut dengan benang
yang diperbuat daripada serat. Beliau juga orang pertama yang berjaya
membezakan penyakit cacar dengan campak.Tokoh perubatan dari Parsi (Iran ) pada abad pertenghan ini
adalah guru kepada perubatan terkenal iaitu Ibnu Sina. Beliau pernah diberi gelaran Jalilnus arab (Galen Of The Arab) kerana
ketokohannya sebagi pengarah di Hospital Baghdad dan mengahasilkan 224 buku,
140 daripadanya dalam bidang perubatan.10
buku ilmu perubatannya diterjemah dalam bahasa Latin.
Buku karea Al-Razi yang termahsur
ialah Al-Hawi Fi’Iim Al-tadawi yang mengandungi 30 jilid dan dibahagikan pada
12 bahagian. Diantaranya ialah yang berkaitan penyem,buhan penyakit serta jenis
penyakit; penjagaan kesihatan; punggung dan tengkuk (yang patah); ubat-ubatan
dan makanan; pembuatan ubat-ubatan; industri kedoktoran; farmasi; tubuh;
pembedahan dan pengawetan anggota. Buku beliau diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa dan menjadi bahan
rujukan serta panduan doctor di Eropah sehingga abad ke 17. Sebuah buku lagi
berjudul Al-Man-suri mengandungi
keterangan pembedahan seluruh tubuh manusia.
Beliau juga membuat beberapa pengkelasan bahan galian serta peralatan
dan radas yang digunakan yang lengkap dengan arhan terperinci. Ilmunya yang mendalam berkaitan tatacara terbukti melalui usaha
pencarian ubat daripada tumbuhan dan haiwan serta cara yang berkesan digunkan
dalam rawatan. Ini termasuk dan ilmu dan tatacara kimia yang membabitkan pemprosesan
raksa, belerang (sulfur), arsenik serta logam lain seperti emas, perak,
tembaga, plumbum dan besi. Sebagai seorang ilmuan islam dalam bidang perubatan, ketokohan beliau
tidak terjhad dalam menimba ilmu dan mengarang buku semata-mata, malah
membabitkan pemikiran yang kritikal dalam membuat rumusan keputusan.
Ketika penguasa kerajaan meminta Al-Razi membina sebuah hospital di Baghdad , beliau
menggunakan kaedah yang sangat baik untuk memilih tapak berkenaan. Al-Razi meletakkan daging di tempat yang berasingan di Baghdad dan daging itu dibiarkan sehinnga
busuk. Kemudian beliau membina hospital ditempat yang dagingnya paling lambat
busuk berdasarkan teori bahawa tempat itu mempunyai udara bersih, sedikit
pencamaran dan lokasi yang sesuai unutk tapak hospital. Dalam bidang falsafah juga tidak dapat diketepikan dan diantara unsur
yang menjadi pilihannya ialah mengenai pencipta, jiwa manusia, hakikat, angkasa
dan masa.
No comments:
Post a Comment