Wednesday, July 6, 2011

Simpang Mengayau, Kudat Sabah


Simpang Mengayau merupakan sebuah tempat perlancongan yang terdapat di Kudat Sabah. Dimana Simpang Mengayau bahagian yang paling hujung sekali di Borneo. Simpang Mengayau bermaksud ‘simpang berpanjangan’. Ini adalah kerana disini lah pertemuan atau sempadan diantara 2 laut. Iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.


Tugu yang terdapat di Simpag Mengayau








Untuk menuju ke tugu ini perlu melalui jalan yang agak panjang dan berbukit. Ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkn kerana di sekelilingnya terdapat pantai yang cantik dan tiupan angin yang menyegarkan. Para pengunjung boleh berjalan sambil mengambil mengambil gambar kenangan.




Setelah penat berjalan dan mengelilingi Simpang Mengayau, pengunjung boleh lah beristirehat di pondok-pondok yang telah disediakan sambil berbeku. Sambil itu juga, bolehlah mandi-manda di pantai Simpang Mengayau. Dimana air laut tersebut adalah air laut dari 2 laut yang berlainan. Iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.



Itulah kehebatan Simpang mengayau. Apalagi, jum la bawa family datang ke Simpang Mengayau. Di samping itu boleh juga pergi ke tempat-tempat yang menarik di Sabah. Rugi kalau tak pergi. Buat ape cuti luar Negara kalau di tempat sendiri lebih banyak tempat yang menarik.


p/s: Majulah sektor perlancongan Malaysia. Bawalah keluarga bercuti. Cuti-cuti Malaysia...





No comments:

Post a Comment