Terdapat unsur-unsur yang menjiwai sembahyang (solat). Tanpa unsur-unsur ini tidak dapat disebut mendirikan sembahyang. Sembahyang tidak sempurna (hanya kerangka sembahyang) tanpa roh yang menjiwai sembahyang. Tanpa unsur-unsur ini, sembahyang tidak akan khusyuk. Bila mendirikan solat harus mempunyai unsur-unsur :
- Kehaziran hati
- Kefahaman
- Pengagungan dan Penghormatan
- Takut dan kagum kebesaran Allah
- Mendambakan harapan
- Rasa malu
PENGERTIAN UNSUR-UNSUR ROH SOLAT
1. Kehaziran
Hati
Kehaziran hati ialah kosongnya hati dari segala sesuatu yang tidak ada
hubungannya dengan apa yang sedang dilakukan ataupun diucapkannya. Kesedarannya
meliputi perbuatan dan ucapannya, yang tidk pernah berpisah dari kedua-duanya.
Fikirannya pun tidak melayang tentu arah. Apabila fikiran tertumpu pada
perbuatan dan ucapan dalam sembahyang serta hati penuh dengan sebutan
tentangnya, tidak ada kelalaian apapun maka itulah yang disebut kehaziran hti.
Maksud kehaziran hati adalah kehaziran hati batin.
2. Kefahaman
Usaha pemahaman secara mendalam tentang makna yang terkandung dalam suatu
ucapan. Akan tetapi, ia tidak selalu bersama-sama kehaziran hati. Ada ketika
hti seseorang hazir bersama suatu ucapan tetapi tidak hazir bersama makna ucapan
itu. Maksud kefahaman ialah adanya usaha untuk memahami makna suatu ucapan.
Dalam hal ini, manusia memiliki tingkatan yang berbeza. Sudah tentu tidak sama
pemahamannya tentang makna ayat-ayat Al-Quran serta bacaan tasbih dan
sebagainya. Terdapat banyak makna indah dan lembut yang dapat difaham oleh
orang yang sedang sembahyang, padahal sebelum itu tidak pernah terlintas dalam
hatinya.
Oleh sebab
itulah sembahyang dinyatakan sebagai pencegah perbuatan keji dan mungkr kerana
sembahyang memberikan petunjuk tentang hal-hal yang dapat membawa kepada
kekejian.
3. Pengagungan
Dan Penghormatan
Pengagungan dan penghormatan adalah sesuatu yang lain dari kehaziran hati
dan kefahaman. Mungkin seseorang bercakap dengan orang bawahannya dengan
cakapan yang sedar dan faham makna-maknanya, namun percakapan itu tidak
disertai dengan pengagungan dan penghormatan terhadap orang bawahannya itu. Jadi,
pengagungan dan penghormatan adalah sesuatu yang tidak harus bersama kehaziran
hati dan kefahaman. Unsur ini berdiri dengan sendirinya sebelum mendirikan
sembahyang dan selam seseorang itu kuat beribadat kepada Allah SWT.
4.Takut Dan Kagum Kebesaran Tuhan
Takut dan kagum kebesaran Tuham adalah suatu sikap melebihi pengagungan dan
penghormatan sebab sikap ini adalah rasa gentar dan sangat takut kerana kagum
akan kebesaran Tuhan. Tanpa
gentar tidaklah dinamakan kagum dalam kegentaran. Misalnya gentar terhadap kala
jengking tidaklah disebut kagum dalam kegentaran ( kerana tidak disertai
penghormatan dan mengagungkan ). Tetapi, kegentaran terhadap seorang raja yang
berkuasa dapatlah dinamakan kagum dalam kegentaran yang bersumberkan
pengagungan dan penghormatan. Apatah lagi takut dan kgum kebesaran Allah SWT.
5. Mendambakan Harapan
Mendambakan Harapan adalah
sesuatu yang lain dari unsur-unsur di atas. Unsur ini tidak mempunyai kaitan
dari unsur-unsur yang telah dikemukakan. Betapa ramai orang yang mengagungkan
seorang raja, merasa takut kepadanya serta takut akan dihukumnya tetapi tidak
mengharapkan ganjaran darinya. Seorang hamba Allah yang mendirikan sembahyang
biasanya mengharapkan ganjaran Nya (mendambakan harapan) atas sembahyangnya
itu, sebagaimanaia takut hukuman Nya, disebabkan kelalaiannya.
6. Rasa Malu
Rasa malu adalah perasaan yang
berada diluar unsur-unsur yang telah dikemukakan. Unsur ini juga menguasai
unsur-unsur lainnya sebab bersumber
kepada rasa hina dan rasa berdosa kerana menyia-nyiakan perintah Allah
SWT.Dalam diri orang yang beriman sudah sujud unsur-unsur penghormatan dan
pengagungan serta ketakutan dan harapan sedangkan rasa malu timbul iaitu bila
orang itu telah menyedari dirinya lalai atau berbuat dosa. Rasa malu kepada
Allah SWT.
Dari penjelasan unsur-unsur di atas, dapatlah kita faham
makna atau pengertian dari tiap-tiap unsur itu. Berpunca serta berlandaskan
pada unsur-unsur tersebut, apabila seseorang mendirikan sembahyang maka
kerangka sembahyang telah dijiwai atau
dengan kata lain sembahyang yang khusyuk kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment