Dalam sebuah riwayat menyatakan
bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia
berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil
menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun
berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada
ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal
ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai
orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya
menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai
anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasuk-kan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama
sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka
letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu
sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil
menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada
orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
No comments:
Post a Comment