Friday, July 1, 2011

Kedatangan Dr Sheikh Muszaphar Shukor



Semua orang kenal dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Tun Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.


Kali ini untuk pertama kalinya juga Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah pergi ke daerah Simunjan pada 25 Jun 2011. Dimana Simunjan merupakan daerah kecil yang terdapat di Bahagian Samarahan Sarawak.





Ramai la orang-orang kat daerah tu pergi ke pekan untuk berjumpa dengan beliau. Ambil kesempatan ini 
untuk berjumpa dengan angkasawan pertama Malaysia kan. Pertama kali melihat beliau secara life kan. 





Pelajar-pelajar sekolah juga tidak ketinggalan untuk berjumpa dengan beliau. Untuk mendengar kata-kata perangsang untuk pelajar berjaya dalam hidup. Dan juga tidak terlepas untuk meminta tandatangan daripada beliau.


Terima kasih kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana sudi pergi ke daerah kami yang terpencil. Usaha beliau untuk mendekati anak-anak muda walaupun dimana jua sangat lah kami hargai...

















No comments:

Post a Comment