Thursday, August 22, 2013

SOALAN MENGENAI SURAH AL-FATIHAH



1. KENAPA SURAH INI DINAMAKAN “FATIHAH”?

            “Fatihah” bererti “Pembuka”. Dinamakan demikian, kerana ia sebagai pembuka kepada kitab Al-Quran Al-Karim, pembuka kepada bacaanya dan pembuka kepada baca wajib dalam solat.

2. APAKAH NAMA-NAMA LAIN BAGI FATIHAH? 

Selain Fatihah, ada beberapa nama lagi bagi surah ini, Antaranya :

a. Ummul-Kitab           


-Dinamakan Ummul Kitab yang bererti “Ibu Kitab Al-Quran”, keran maushaf Al-Quran dimulai dengannya. Bandingannya ialah seperti seorang insan dimulai oleh ibunya.                             

b. Ummul-Quran         


-Dinamakan Ummul-Quran (ibu Al-Quran) kerana ia adalah surah yang pertama dalam Al-Quran serta mengandungi seluruh maksud isinya.                                   

c. As-Syifa’                 


-As-Syifa’ bererti “penawar” sebagaimana Sabda Nabi SAW : “Surah Fatihah adalah penawar dari segala racun”, “ Surah Fatihah adalah penawar segala penyakit ”                                     

d. Al-Waqiah               


-Al-Waqiah bererti “Pemeliharaan dari kesesatan”. Dinamakan demikian, kerana isi surah ini jika dihayati, nescaya tidak akan sesat dari jalan Allah SWT.                                        

e. Al-Hamdu                


-Al-Hamdu bererti “Puji-pujian dan sanjungan”. Penamaan ini disebabkan ia dimulai dengan perkataan “Al-Hamdu”.                                      

f. Al-Mathani               


-Al-Mathani bererti “berulang-ulang”. Dinamakan demikian kerana ia diulang-ulang bacaannya dalam setiap rakaat solat.                                     

g. As-Solah                  


-Surah ini dinamakan Surah As-Solah berdasarkan firman Allah dalam satu Hadith Qudsi  yang  bererti : “Aku bahagikan As-Solah (Al-Fatihah) itu antaraku dengan hambaku dua  bahagian.”                                     

h. Asas Al-Quran         


-Ibnu Abbas mengatakan : “Tiap-tiap sesuatu itu ada asasnya. Asas dunia ialah Mekkah, asas langit ialah eAriban iaitu langit ketujuh, asas bumi ialah eajib iaitu bumi yang ke tujuh yang paling bawah, asas syurga ialah Jannatu Adnin iaitu pusat syurga, asas neraka ialah neraka Jahannam iaitu neraka ketujuh paling bawah sekali, asas makhluk ialah Adam a.s, asas para Nabi ialah Nabi Nuh a.s, asas Bani Israil ialah NabiYa’kub, asas segala kitab ialah Al-Quran, asas kepada Al-Quran ialah Al-Fatihah dan asas kepada Fatihah ialah  Bismillahirrahmanirrahim Maka jika kamu tidak sihat atau sakit, hendaklah kamu membaca Fatihah, nescaya kamu sembuh.”                         



3. APAKAH KELEBIHAN SURAH FATIHAH? 

        Surah ini mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Antaranya :

a. Surah paling hebat yang tiada tandingannya ;
            
       Dari riwayat Ubai Bin Ka’ab, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :“Tidaklah diturunkan dalam Taurat dan tidak    juga dalam Injil seperti Surah Ummul-Quran”- dari kelebihan dan kehebatannya.

b. Pintu langit dibuka khas ketika surah ini diturunkan
           
      Ibnu Abbas r.a meriwayatkan ketika Nabi SAW duduk bersama Malaikat Jibril, tiba-tiba terdengar suara yang kuat dari langit. Jibril mendongak ke arah langit, lalu berkata kepada Nabi SAW : “Malaikat turun ke bumi. Dia tidak pernah turun melainkan pada hari ini.”

c. Menjadi penawar segala penyakit
            
      Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Dia (Fatihah) ialah ibu Al-Quran, dan dia adalah penawar segala penyakit.”Para ahli tafsir menegaskan bahawa penawar yang dimaksudkan ialah untuk segala penyakit rohani & juga jasmani. 

No comments:

Post a Comment