Monday, September 30, 2013
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah Swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan-insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt.setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........
1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.
Monday, September 23, 2013
KUASA PEREMPUAN
KUASA PUJUKAN
PEREMPUAN
Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan
daya pujukan wanita :
daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim
yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang
bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha
menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan
menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang
lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja
mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang
tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata-mata kerana ianya
adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN kepada siapa dia
menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.
TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang
harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka
seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada
siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya
dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki
itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji
pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan
keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang
itu.
Friday, September 20, 2013
PENYEBAB LEMAHNYA IMAN
Dari hari ke hari semakin ramai kaum muslimin mengadu kerana
kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan mereka seperti;
“Saya merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku. saya tidak pernah mendapat
kenikmatan dalam beribadah.
Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena di antaranya:

1) MELAKUKAN KEDURHAKAAN DAN DOSA
Terdapat orang melakukan kedurhakaan secara terus-menerus, ada pula yang melakukan pelbagai jenis kedurhakaan. Apabila sering melakukan kedurhakaan akan menyebabkan menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi, seterusnya hati menjadi sirna daripada merasa kedurhakaan itu dan akhirnya berani melakukan secara terang-terangan.
2) MERASAKAN ADANYA KEKERASAN DAN KEKAKUAN HATI
Kerana persaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksan batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun.
Firman Allah: “ Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi” (2:74). Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian,tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur kaku. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan mengurungnya di liang lahad, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah seperti langkah-langkah di antara longgokan batu.
3)TIDAK TEKUN DALAM IBADAH
Tidak khusyuk semasa solat, membaca Al-Quran, berdoa dan lain-lain. Tidak memikirkan dan menyemak makna-makna doa yang dibaca, sehingga membaca hanya sekadar rutin harian. Mungkin doa yang dibaca hanya terbatas kepada doa-doa yang tertentu sahaja, sehingga tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah SWT tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam satu hadis;
“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main” ( At-Tarmizi)
4)MALAS
UNTUK MELAKUKAN AMAL TAAT DAN IBADAH SERTA MEREMEHKANNYA
Ibadah yang dilakukan hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allh telah menyifatkan orang-orang yang munafik dalan firmanNya;
“Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas” (4:142). Selain itu, sesorang tidak mempedulikan hilangnya tanda-tanda kebaikan dan meremehklan waktu-waktu yang tepat untuk beribadah. Contohnya, menunda-nunda ikut solat jemaah dan solat jumaat. Padahal Rasulullah SAW bersabda;
“ Masih ada sahaja golongan orang yang menunda-nunda mengikuti saf pertama, sehingga Allah pun menundakan keberadaan mereka di dalam mereka” (Riwayat Abu Daud)
5) TIDAK TERSENTUH OLEH AYAT-AYAT AL-QURAN
Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalamAl-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi Al-Quran, dan tidak berusaha untuk membuka dirinya untuk berhubung secara langsung dengan Al-Quran.
6)MELALAIKAN ALLAH DALAM BERZIKIR DAN BERDOA
Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berta bagi dirinya. Jika mengangkat tangannya untuk berdoa, dengan secepat kilat juga dia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya. Allah telah menyifatkan orang-orang munafik dalam firmanNya;. “Dan mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sahaja’ (4:142)
7)TIDAK MERASA TERGUGAT TANGGUNGJAWAB UNTUK BERAMAL DEMI KEPENTINGAN ISLAM
Tidak mahu berusaha untuk menyebarkan dakwah. Keadaan ini jauh berbeza dengan para sahabat nabi. Seorang pemuda Ibn Amr langsung beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang zaman sekarang hanya duduk senang dan tidak memikirkan tanggungjawab untuk berdakwah meskipun sekian lama sebagai seorang muslim.
Di sini kita sama-sama renungkan adakah iman kita lemah. Jika kita menepati ciri-ciri seperti di atas, berusahalah untuk mengubahnya kerana masa tidak menunggu kita. Dari sehari ke sehari usia kita meningkat, umur menjadi semakin pendek. Jangan sesekali kita merasa angkuh meskipun kita memakai tudung yang labuh atau mempunyai tanda sujud di dahi denagn merasakan diri kita sebenarnya beriman kerana itu bukanlah syarat seseorang itu mempunyai iman yang kuat....

Thursday, September 19, 2013
Lightroom Fotoshop
ASSALAMUALAIKUM...
Kali ni, aku nak berkongsi berkenaan dengan pengalaman aku mempelajari ilmu meng 'edit' gambar. Sebelum tu aku nak cerita kenapa tiba-tiba aku berminat dengan proses meng'edit gambar ni. Kawan aku ni, dia menceburi bidang fotografi walaupun dia masa study dulu bukan ambik jurusan fotografi pun. Bila tanya kat dia, dia kata menceburi dunia fotografi hanya sebagai pendapatan sampingan jer. Jadi, ada la pasangan yang hendak berkahwin ambik dia sebagai fotografi dalam majlis dorang. So far gambar-gambar yang dia ambik dan edit memang best. Macam profesional pulak dah aku tengok. Tapi masa tu aku tak tertarik lagi. Tiba-tiba sebulan dua ni dia post pulak kat fecebook gambar-gambar pemandangan laut, hutan dan sebagainya yang telah di edit. pergghh..memang suke ar tengok gambar yang dia edit. Sejak tu la aku berminat jugak. So aku tanya la dia pakai software apa yang dia guna untuk edit gambar tu semua. Baru la aku tau dia pakai Lightroom Fotoshop.
Lightroom fotoshop ni software berbayar. Nak pakai yang free, boleh tapi trial untuk 30 hari je la. Pastu kena beli jugak. So aku download la software lightroom tu kat adobe. Memang kene bersabar la nak download sebab saiz file tu 810.32 MB..pergh, first nak give up jugak nk download pasal lambat and besar. Tapi minat punya pasal, download la jugak kne tunggu sampai 2 jam baru selesai download. Lepas selesai macam biasa la install la lagi. pastu aku register guna kod yang aku beli. Tak la mahal sangat.
Ni la antaramuka Lightroom 5 yang aku download tu.
Mula-mula nak guna tu susah jugak. Nak kena banya tanya dengan aku aku tu. Letih bertanya aku pun Learn From Youtube.hahhaha..Aku belajar kat youtube cara menggunakan Lightroom ni. Memang susah gak la. Dia tiga kali jugak ulang balik tengok youtube tau cara guna dengan betul dan tepat untuk menghasilkan gambar yang menarik. Nak2 3 4 hari aku belajar baru la dapat tahu sikit2.Tu pun baru cara untuk edit gambar. Belum lagi bahagian lain. Lightroom ni bukan untuk edit gambar jer. Tengok dalam gambar kat atas tu, da bahagian map, book, slideshow and map. Yang library dan print tu macam biasa jer. Untuk edit gambar guna Develope.
Baru sikit jer aku belajar. Pastu aku try la edit gambar yang ambil masa study dulu. Gambar tu di ambil di Simpang Mengayau, Kudat Sabah. Ni la hasil pertama gambar yang aku edit. Biasa2 jer. Tapi ok la bagi aku untuk hasil yang pertama.
So, macam mana hasil pertama aku? Kalau da komen, bagi tau jer dalam ruangan komen tu. Ker nak bagi nasihat or cadangan boleh jer dan di alu-alukan.

Tuesday, September 17, 2013
RENUNGKANLAH…..
RENUNGKANLAH…..
Sesungguhnya
persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan
akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu
hargailah persahabatan yang terjalin.
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.
Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
1. teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima apa yang sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah dari perkataan keji
Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.
Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)