Friday, March 18, 2022

Tazkirah Pagi Jumaat

Assalamualaikum w.b.t & Selamat pagi

Ayat 4 - 14 Surah Al-Furqan 

Tema : Menyanggah dakwaan orang-orang musrik dan menunjukkan hukuman keatas mereka πŸ’πŸŒΌπŸŒ·


Intisari & Pengajaran

Ayat 4 - 6 : Hujjah kaum kafir yang meragui Al-Quran dan sanggahan mereka.


1. Didalam ayat 6, Allah menyuruh Rasulullah menjawab tohmahan mereka dengan menyatakan bahawasanya pihak yang menurunkan Al Quran itu adalah Allah, tuhan yang maha mengetahui akan segala rahsia yang tersembunyi sama ada di langit mahupun dibumi.


2.Lantaran itu lah Al Quran diturunkan dengan mempunyai mukjizat, bahasa yang fasih dan menyampaikan berita-berita tentang perkara-perkara yang ghaib yang akan datang. 

    

3.Semuanya itu tidak dapat dikhabarkan melainkan oleh tuhan yang maha mengetahui, ilmu pengetahuannya yang meliputi, baik yang lahir mahupun yang batin, yang terang mahupun yang tersembunyi. 

    

4.Allah mengakhiri ayat 6 dengan menyatakan bahawa Dia bersifat dengan maha pengampun. Jelas sekali di sini, walau bagaimana besar pun dosa seseorang itu, Allah masih memberi peluang supaya mereka tidak berputus asa dan kembali ke pangkal jalan dari kesesatan mereka.


🌹Ya Allah kasihanilah kami dengan berkat Al Quran

Ajari kami apa yang kami tidak tahu tentang Al Quran

Mudahkanlah kami untuk membacanya pada waktu siang dan malam

Perkenankanlah Wahai Pemelihara sekalian alam.🌹


Rujukan:

Tafsir al Quran di radio 

Tuan Guru Ahmad Sonhadji & Journey through Al-Quran