Thursday, November 19, 2015

AL-RAZI HASILKAN BUKU PEMBEDAHAN TUBUH MANUSIA.

          Ketokohan ilmuan islam Al-Razi atau nama sebenarnya Muhammad Bin Zakaria dalam dunia perubatan tiada bandingannya dalam dunia perubatan. Al-Razi adalah orang pertama membuat jahitan pada perut dengan benang yang diperbuat daripada serat. Beliau juga orang pertama yang berjaya membezakan penyakit cacar dengan campak.Tokoh perubatan dari Parsi (Iran) pada abad pertenghan ini adalah guru kepada perubatan terkenal iaitu Ibnu Sina. Beliau pernah diberi gelaran Jalilnus arab (Galen Of The Arab) kerana ketokohannya sebagi pengarah di Hospital Baghdad dan mengahasilkan 224 buku, 140 daripadanya dalam bidang perubatan.10 buku ilmu perubatannya diterjemah dalam bahasa Latin. 

          Buku karea Al-Razi yang termahsur ialah Al-Hawi Fi’Iim Al-tadawi yang mengandungi 30 jilid dan dibahagikan pada 12 bahagian. Diantaranya ialah yang berkaitan penyem,buhan penyakit serta jenis penyakit; penjagaan kesihatan; punggung dan tengkuk (yang patah); ubat-ubatan dan makanan; pembuatan ubat-ubatan; industri kedoktoran; farmasi; tubuh; pembedahan dan pengawetan anggota. Buku beliau diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa dan menjadi bahan rujukan serta panduan doctor di Eropah sehingga abad ke 17. Sebuah buku lagi berjudul  Al-Man-suri mengandungi keterangan pembedahan seluruh tubuh manusia. 

         Beliau juga membuat beberapa pengkelasan bahan galian serta peralatan dan radas yang digunakan yang lengkap dengan arhan terperinci. Ilmunya yang mendalam berkaitan tatacara terbukti melalui usaha pencarian ubat daripada tumbuhan dan haiwan serta cara yang berkesan digunkan dalam rawatan. Ini termasuk dan ilmu dan tatacara kimia yang membabitkan pemprosesan raksa, belerang (sulfur), arsenik serta logam lain seperti emas, perak, tembaga, plumbum dan besi. Sebagai seorang ilmuan islam dalam bidang perubatan, ketokohan beliau tidak terjhad dalam menimba ilmu dan mengarang buku semata-mata, malah membabitkan pemikiran yang kritikal dalam membuat rumusan keputusan. 

          Ketika penguasa kerajaan meminta Al-Razi membina sebuah hospital di Baghdad, beliau menggunakan kaedah yang sangat baik untuk memilih tapak berkenaan. Al-Razi meletakkan daging di tempat yang berasingan di Baghdad dan daging itu dibiarkan sehinnga busuk. Kemudian beliau membina hospital ditempat yang dagingnya paling lambat busuk berdasarkan teori bahawa tempat itu mempunyai udara bersih, sedikit pencamaran dan lokasi yang sesuai unutk tapak hospital. Dalam bidang falsafah juga tidak dapat diketepikan dan diantara unsur yang menjadi pilihannya ialah mengenai pencipta, jiwa manusia, hakikat, angkasa dan masa.