Monday, July 11, 2011

Bekerja

Assalamualaikum...

Alhamdullillah..Akhir nye dapat gak aku kerja.Setelah sekian lama menanti dan mencari. Hilang dah kemarau pencarian kerja.

Tapi ni pengalaman ke-2 aku kerja la. Pengalaman pertama kerja aku masa praktikal dulu. Aku anggap tu kerja sebab 4 bulan aku kat site..biasa nya budak praktikal 2 or 3 minggu ja kat site. Kerja pun banyak.Takde rehat sangat..

Untuk kerja ni, aku dapat kerja kat Ausfield sdn bhd. Walaupun company ni masih kecil, tp xpa la. Pengalaman mesti dicari. Asalkan ada pengalaman, nnt senang la cari kerja lain. Sebab sekarang ni semua syarikat tak kira kerajaan or swasta semua nya nak ambil pekerja yang ada pengalaman ja. Tu la sebab nya banyak fresh graduate yang menganggur. Ada yang dpt pun nnt sesiapa yang bertuah je la.


                                                   http://www.ausfield.com.my/archive/

Ni la logo syarikat yang aku kerja sekarang dan website dia. Sapa2 nk tguk profile company nie,sila la klik k..hehe..

p/s : sape2 nk bagi projek bleh jugak..hntr je msj kt blog ni k. Nnt sye bgtau kat bos..hehe..

Wednesday, July 6, 2011

Simpang Mengayau, Kudat Sabah


Simpang Mengayau merupakan sebuah tempat perlancongan yang terdapat di Kudat Sabah. Dimana Simpang Mengayau bahagian yang paling hujung sekali di Borneo. Simpang Mengayau bermaksud ‘simpang berpanjangan’. Ini adalah kerana disini lah pertemuan atau sempadan diantara 2 laut. Iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.


Tugu yang terdapat di Simpag Mengayau








Untuk menuju ke tugu ini perlu melalui jalan yang agak panjang dan berbukit. Ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkn kerana di sekelilingnya terdapat pantai yang cantik dan tiupan angin yang menyegarkan. Para pengunjung boleh berjalan sambil mengambil mengambil gambar kenangan.




Setelah penat berjalan dan mengelilingi Simpang Mengayau, pengunjung boleh lah beristirehat di pondok-pondok yang telah disediakan sambil berbeku. Sambil itu juga, bolehlah mandi-manda di pantai Simpang Mengayau. Dimana air laut tersebut adalah air laut dari 2 laut yang berlainan. Iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.



Itulah kehebatan Simpang mengayau. Apalagi, jum la bawa family datang ke Simpang Mengayau. Di samping itu boleh juga pergi ke tempat-tempat yang menarik di Sabah. Rugi kalau tak pergi. Buat ape cuti luar Negara kalau di tempat sendiri lebih banyak tempat yang menarik.


p/s: Majulah sektor perlancongan Malaysia. Bawalah keluarga bercuti. Cuti-cuti Malaysia...





Friday, July 1, 2011

Kedatangan Dr Sheikh Muszaphar Shukor



Semua orang kenal dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Tun Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.


Kali ini untuk pertama kalinya juga Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah pergi ke daerah Simunjan pada 25 Jun 2011. Dimana Simunjan merupakan daerah kecil yang terdapat di Bahagian Samarahan Sarawak.





Ramai la orang-orang kat daerah tu pergi ke pekan untuk berjumpa dengan beliau. Ambil kesempatan ini 
untuk berjumpa dengan angkasawan pertama Malaysia kan. Pertama kali melihat beliau secara life kan. 





Pelajar-pelajar sekolah juga tidak ketinggalan untuk berjumpa dengan beliau. Untuk mendengar kata-kata perangsang untuk pelajar berjaya dalam hidup. Dan juga tidak terlepas untuk meminta tandatangan daripada beliau.


Terima kasih kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana sudi pergi ke daerah kami yang terpencil. Usaha beliau untuk mendekati anak-anak muda walaupun dimana jua sangat lah kami hargai...

















Thursday, June 30, 2011

menjadi blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Ini adalah buat pertama sekali saya mempunyai blog sendiri. Selalunya baca blog orang jer keje kan..hehe..Untuk pertama kali ni saya masih tengah mencari idea yang hendak dipertengahkan. Jadi masa buat masa sekarang masih tak tahu lagi hendak tulis ape. Harap nanti ada la idea yerk...jadi sesiapa yang membaca blog saya ni sya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca dan kalau boleh jadi la follower blog saya ok..