Wednesday, August 28, 2013

Saya Suka & Sedih

          Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

          Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

          Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!

          Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya

          Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!

          Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

         Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti. Amin!!!

MANUSIA AKHIR ZAMAN


Apabila kita hayati kata baginda ini, kita boleh mengaku keagungannya kerana Nabi boleh mengetahui zaman akan datang. Inilah salah satu mukjizat Rasullullah s.a.w yang dikurniakan oleh  Allah.


     Maksud Nabi ialah umat aku akan datang pada suatu hari nanti yang mana Islam hanya pada nama iaitu umat Islam tidak lagi melakukan amalan dan tanggungjawab dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah tetapi lebih kepada kemurkaan kepada Allah. Kalau kita kaji pada masa sekarang ramainya umat islam yang lalai dan leka dengan permainan dunia. Apabila ini berlaku maka benarlah apa yang dikatakan oleh Rasullullah sejak 1400 tahun yang lalu, Allah berfirman dalam.Al-Quran:-

(Wahai orang yang beriman masuklah kamu dalam Islam dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah.syaitan)

     Maksud yang kedua pula ialah Al-Quran hanya pada tulisan, iaitu Al-Quran sekarang hanya disimpan dalam almari dan hanya membuat perhiasan. Ini kerana didalam hati meraka ini ada penyakit sebagai mana yang di sebutkan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah yang bermakusd :-

(Didalam hati meraka ini ada suatu penyakit maka Allah akan tambahkan penyakit ini dan bagi meraka azab Allah yang.pedih) 

     Maksud yang ketiga ialah masjid meraka megah berdiri tetapi kosong dari pertunjuk Allah, iaitu kerana ramainya umat Islam zaman sekarang yang lari dari solat berjemaah. Mereka lebih suka habiskan masa dengan anak dan isteri dirumah dan ada juga yang lalai dengan kesedapan dunia sampai.waktu.solat.diabaikan.

     Apabila.ini.berlaku.maka.celakalah.orang.yang.tidak bertaubat kepada Allah kerana tanda-tanda kiamat sudah pun hampir. Wahai kawan-kawan semua berkerjalah kerana Allah.dan.berbuat.baktilah.selagi.nyawa.yang.tinggal.ini masih ada.

Tuesday, August 27, 2013

Cerita Teladan




Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasuk-kan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

CINTA PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM



Semuanya halal ketika bercinta. Tanpa segan silu mereka berkata, kenapa ? salah ker… kami bercinta?? Bukan kah cinta itu kurniaan Tuhan, jiwa kita ni kan memerlukan cinta seperti mana jasad kita yang zahir ini memerlukan makanan. Bukan main lagi kalau berhujah mengenai cinta...betul agama tidak melarang kita bercinta, tetapi ingat cinta yang disemai sekarang adalah cinta terlarang. AhHHHhh.. Jangan dihalang, sedangkan lautan api sanggup ku rentasi, kalau saudari tak percaya ambilah kapak belahlah dada, pasti dihati saya tertera nama saudari, Insan paling dicintai....
            Inilah kata-kata membunuh yang sanggup dilafazkan walhal ia amat mustahil dilaksanakan. Yang menjadi persoalan mengapalah mereka yang mabuk bercinta dengan mudah mempercayai dan menerima kata-kata yang dilafazkan sedemikian? Bukankah cinta itu satu fitrah, jadi tidak salahnya jika kita mencubainya. Fitrah diiringi dengan keinginan, keinginan pula harus dituntun dengan syariat. Keinginan tanpa sempadan adalah firasat yang berlandaskan nafsu dan syaitan.
            Manusia hari ini terlalu taksub dengan cintanya, sebagaimana Laila Majnun, Shah Jehan dan Taj Mahalnya yang amat mahalnya. Namun pasti manusia sering terlupa kepada yang memiliki cinta. Cinta berasal dari kasih dan sayang, yang mana ia terletak dibawah taklukkan ar-Rahman dan ar-Rahim. Sepertimana kita terlalu asyik dengan hadiah yang kita terima sehingga terlupa bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada yang memberi hadiah kepada kita. .
            Cinta terlarang ibarat racun rumpai yang berbisa disemburkan kepada tanaman. Yang pasti bukan sahaja pokok parasit dan lalang musnah, tanaman yang ditanam tidak terkecuali terkena serpihan rumpai yang disebarkan. Akhirnya akan terhasilah buah yang pahit, masam, memabukkan dengan pelbagai nama, perkara aneh dan menjijikkan.

            Apa yang tertera ini bukanlanya cinta.....semuanya nafsu. Selagi belum ada ikatan yang sah, peliharalah dirimu, jangan dibiarkaan insan-insan durjana mengambil kesempatan dalam ruang kesempitan. Bila sekujur tubuh telah mengalah, adakah kamu pasti dia akan bertanggungjawab?? Sekarang bila kita tanya mungkin ia berkata ‘awaklah buah ati abang’. Tapi adakah kita pasti ayat ini akan berkekalan...ingat lidah manusia tidak bertulang. Teringat kata-kata orang kampung dulu..CINTAKU DITOLAK, DUKUN BERTINDAK...jangan sampai dukun bertindak maka jadilah seperi cinta Mariam,  bukan cinta tapi dendam........seorang pontianak harum sundal malam. Pulangkan...tapi tak boleh pulangkan dah....

Moral: Jagalah mahkota yang tidak ternilai itu.